Serimas Catering dimiliki dan diuruskan oleh Serimas Food & Services telah ditubuhkan pada 13 November 2006. Aktiviti perniagaan mula aktif beroperasi semenjak tahun 2007 setelah kami berjaya menerima kontrak daripada sebuah syarikat Antarabangsa yang berpusat di Amerika Syarikat iaitu Western Digital. Kami merupakan salah satu dari pengusaha Kafeteria yang bertanggungjawab untuk menyediakan makanan bermasak di kilang pengeluaran Western Digital yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Bebas Sungei Way, Petaling Jaya. Kami turut menerima tempahan untuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk kakitangan yang beragama Islam seramai 1000 orang sepanjang bulan Ramadhan pada tahun yang sama.
Selain
itu kami juga turut menerima tempahan
dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), PKNS
FC, Myteam FC, Malaysia Super League (MSL) dan MAYA Team Event untuk
menyediakan makanan semasa perlawanan bola sepak yang berlangsung di stadium
atau kompleks sukan selain upacara yang lain seperti Mesyuarat Agong, Taklimat
Perlawanan, Sidang Media dan sebagainya. Kami berbangga kerana diberi
kepercayaan untuk mengurus dan menyediakan makanan dan minuman yang pernah
dihadiri oleh KDYMM Di-Pertuan Agong, DYMM Sultan serta Kerabat Di-Raja dari
beberapa buah negeri, tetamu terhormat Antarabangsa yang mewakili pasukan pihak
lawan serta penganjur (FIFA), orang kenamaan, pemain bola sepak, pihak media
dari dalam dan luar Negara dan anggota yang bertugas semasa berlangsungnya
perlawanan bola sepak yang dianjurkan oleh beberapa pihak khasnya Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM).
Serimas Food & Services telah
berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang Makanan
Bermasak Secara Islam. Pihak kami yakin bersedia dalam memberi perkhidmatan
yang berkualiti untuk Kerajaan Pusat & Negeri dan pihak swasta.
Serimas Food & Services telah ditawarkan
kontrak untuk mengendalikan operasi Kafeteria PS Pipeline Sdn Bhd (A Joint
Venture Company between Petronas Dagangan Berhad and Shell Malaysia Trading Sdn
Bhd) bertempat Klang Valley Distribution Terminal (KVDT) KM 18, Jalan Dengkil –
Puchong, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan selama 3 tahun bermula 1 Mei 2014
sehingga 30 April 2017. Serimas Food & Services telah diberi
kepercayaan mengendalikan operasi
kafeteria dengan kontrak tetap selepas ditawarkan kontrak sementara pada 21 September 2013 sehingga 30 April
2014.
Dengan ini, Serimas Food & Services
akan menggunakan segala kemudahan yang disediakan di Kafeteria PS Pipeline Sdn
Bhd, merangkumi dapur memasak yang luas, tempat menyediakan makanan yang
selesa, kemudahan elektrik dan air disediakan percuma, Serimas Food & Services
ingin memohan pinjaman bagi tujuan meluaskan perkhidmatan katering pada skala
atau skop yang lebih besar. Kami ingin memperkenalkan konsep dapur bergerak
untuk membolehkan kami menyediakan makanan sentiasa panas dan bersih pada masa
hadapan. Selain itu, kami ingin menambah kelengkapan katering serta membeli van
baru atau lori untuk penghantaran makanan. Serimas Food & Services juga
dalam proses untuk mendapatkan kontrak tetap menyediakan makanan kepada Akademi
Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) bertempat di Lebuh Enstek, Bandar Enstek,
Nilai di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Please choose your order

No comments:
Post a Comment